Sunday, November 21, 2010

Jaga badan di usia muda.



Wana dah makan jamu seawal tingkatan 3..
Nak tahu lebih lanjut dapatkan majalah Kesihatan No 1 Malaysia (Rapi)

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin




Dapatkan keluaran terberu Media Hiburan

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Wana ingin mengucapkan Salam Ramdhan kepada kawan-kawan...Harapan pada bulan ini dengan membawa seribu keberkatan kepada semua...AMIN..

Sunday, August 1, 2010

Pelancaran Jalur Gemilang


Wana telah menjayakan Majlis Pelancaran Jalur Gemilang Malaysia "Transformasi" Sambutan Ulangtahun Mydin USJ Kali ke 4.

Thursday, July 1, 2010

Media Hiburan 26/6/2010


Dapatkan dipasaran sekarang (muka depan awie & keluarga)

Saturday, June 12, 2010

Happy Birthday Wana

Hari lahir Wana pada 23 Mei tetapi pada 6 Jun 2010 (Sabtu) bertempat Restoran RSMY, No.11-13, Jln.Medan Tuanku, Kuala Lumpur "Birthday Party Wana" telah diadakan dengan suasana yang sederhana tetapi meriah.
Wana telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada WANALICIOUS kerana  membuat acara sambutan hari lahir pada kali ini. Wana berpesan agar peminatnya sentiasa menyokong kerjayanya dan mendoakan agar dimurahkan rezeki.
Samad Yusof (Pengerusi WANALICIOUS) bertindak sebagai juruacara pada malam itu.
Beberapa acara pada malam itu dijalankan seperi mengenali pasangan masing-masing melalui kad-kad rahsia yang diletakan dibawah kerusi dan cabutan bertuah kepada tetamu yang hadir.

Kakak nie menang untuk pakaian terbaik menepati tema pada malam itu "Hitam Putih"

Wana mencabut no bertuah untuk tetamu yang hadir.
  
Pada malam itu Dior turut hadir dan menyampaikan lagu popularnya "Sampai Ke Lantai"

Wana turut menyampaikan sebuah lagu "Teman Tapi Mesra" kepada tetamu yang hadir. Acara pada malam itu diakhiri dengan pemberian hadiah dari peminat dan upacara meniup kek oleh Wana.

Happy Birthday Wana

WANALICIOUS mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang sudi menjayakan "Birthday Party Wana".

Monday, May 24, 2010

Wana @ AIM (Media Hiburan)

Thursday, May 6, 2010

AIM 17

Wana di ANUGERAH Industri Muzik Ke-17 (AIM17) Ahad (2/05/2010)

KATA KAU @ Astro Ria

Game Show terbaru terbitan ASTRO Ria iaitu KATA KAU akan menemui anda.Pengacara terlibat dalam rancangan tersebut ialah Reza dan Scha Al-Yahya
Wana,Mimie My Star LG 2 ,Isma AF 7  dan peminat terpilih telah menjayakan program ini. Kumpulan mana yang akan jadi juara? Saksikan nanti.
Terima kasih kepada Wanalicious yang memberi sokongan.

Wana di Anugerah PPMH ke 25

Dapatkan Media Hiburan keluaran terkini
Wana turut memeriahkan Anugerah PPMH ke 25

Sunday, April 18, 2010

Jangan Tidur Lagi with Wana (2)

Hai..baru-baru ni Wana ada rakaman Jangan Tidur Lagi...Ada beberapa gambar untuk dikongsi bersama.
Wana di telah temubual oleh Saiful Apek pengacara pada hari itu.

Wana turut menyanyikan lagu 'Orang Biasa'...kepada WANALICIOUS jangan lupa saksikan di TV3
Artis lain yang terlibat seperti Elyana dan Riz AF6..
-From Facebook Samad Yusof-

Friday, March 26, 2010

Janga Tidur Lagi with Wana (1)

Rakaman Jangan Tidur Lagi TV3 bersama Wana pada 6 April 2010 pada 2.00 PM bertempat di Studio NTV7 Glenmarie.Shah Alam...Ahli WANALICIOUS  dijemput hadir.

Saturday, March 6, 2010

Wana mahu lelaki romantis, pembersih

Teringin nak berlakon

Hai Wana, saya amat meminati anda sejak mula terlibat dalam rancangan realiti My Star LG lagi. Saya ingin bertanyakan sedikit soalan, harap Wana dapat menjawabnya.

1. Bagaimanakah ciri jejaka pilihan Wana?
2. Apakah yang akan Wana lakukan sekiranya tidak bergelar artis?
3. Selain menyanyi tak teringin ke nak berlakon?

Gmie FS,
Kajang, Selangor.

WANA


1. Banyak ciri-ciri lelaki idaman Wana. Cuma apa yang paling penting Wana mahu mencari lelaki yang benar-benar romantik, pembersih dalam segala hal dan paling penting dapat menerima Wana seadanya.
2. Kalau tak bergelar artis, Wana tetap akan menjadi manusia biasa. Tetap akan mencari kerja dan menjalani kehidupan seperti manusia biasa.
3. Sebenarnya Wana memang ada mendapat tawaran berlakon tapi masa pula tak mengizinkan. Tapi kalau selepas ini ada lagi tawaran menarik, Wana tak akan tolak. Wana teringin sangat nak cuba berlakon.



Selesa dengan Hairi

Hai, saya adalah salah seorang peminat kakak. Saya harap kakak boleh jawab soalan saya ini

1. Apakah perkembangan baru kakak?
2. Kenapa kakak tidak popular sedangkan kakak keluar daripada sebuah rancangan tv yang popular?
3. Bila nak kahwin? Apa status hubungan kakak dengan Hairi sebab saya selalu nampak kakak keluar dengannya?


Eintan Intan,
Parit Buntar Perak


WANA


1. Sekarang baru baru sahaja selesai melibatkan diri dalam teater Antara arahan Erma Fatima dan selepas ini Wana akan terlibat dalam pembikinan video klip untuk single kedua. Jadi kepada peminat nantikan semua itu tidak lama lagi.
2. Popular atau tidak bukan soal yang besar. Memang Wana akui jarang keluar televisyen tetapi itu tidak bermakna Wana tak popular. Lagipun Wana banyak buat persembahan pentas yang orang lain tak tahu. Soal popular itu rezeki masing-masing sebenarnya.
3. Kahwin? Wana masih belum memikirkannya. Wana masih lagi belum bersedia untuk ke arah itu. Hairi hanya sekadar teman rapat dan Wana akui selesa sangat berkawan dengannya walaupun umur Hairi jauh lebih muda dari Wana. Tapi apa yang membuatkan Wana kagum melihatkan pemikiran Hairi yang lebih matang.



Kecewa album kurang laku

Assalamualaikum, saya merupakan peminat Wana diharap menjawab semua soalan saya.

1. Apakah cita-cita Wana pada zaman persekolahan?
2. Bagaimana dengan sambutan album? Adakah Wana berpuas hati dengannya?
3. Perit atau tidak menjadi anak seni?
4. Adakah Wana punyai alamat e-mel untuk peminat-peminat Wana ?



Shukri Jaafar,
Kuang, Selangor.



WANA


1. Sebenarnya Wana mahu menjadi seorang guru. Kalau boleh Wana memang teringin sekali nak mengajar dan mempunyai murid. Tapi menjadi penyanyi juga salah satu daripada impian saya.
2. Wana akui album Wana kurang sambutan memandangkan pada masa kini orang ramai lebih suka muat turun sahaja. Soal puas hati atau tidak Wana tak mahu komen lebih-lebih. Wana terima sahaja apa yang berlaku memandangkan ini hanyalah percubaan pertama Wana.
3. Ada keperitan dan ada kemanisannya juga. Banyak perkara yang Wana kena lalui dan tempuhi. Keperitan itulah yang mengajar Wana untuk jadi yang terbaik dan lebih bersemangat.
4. Anda boleh e-mel kepada nawty_wana@yahoo.com atau boleh terus ke laman sosial Facebook atau My Space. Taip sahaja Wana MyStarLG.



Tak pandai menyanyi?


Hai, apa khabar? Saya harap anda sihat dan sentiasa dilimpahi rezeki yang tak putus-putus.

Saya ada beberapa soalan dan harap Wana sedia menjawabnya.

1. Bagaimana Wana melihat perkembangan nyanyian diri sendiri. Ada peningkatan atau tidak?
2. Ada juga pelbagai andaian yang mengatakan bahawa anda tidak pandai menyanyi. Apa komen Wana?
3. Apa yang Wana cari apabila menyertai bidang seni? Menjual bakat yang ada atau sekadar mencari populariti?


Seri Yati,
Kuala Lumpur.


WANA


1. Dalam persembahan dan nyanyian, Wana rasa ada peningkatan jika mahu dibandingkan ketika mula-mula muncul dahulu. Tetapi Wana masih lagi belum berpuas hati dengan semuanya kerana masih banyak yang perlu dipelajari.
2. Jika ada tanggapan sedemikian Wana rasa itu hak individu untuk memberi pandangan mereka. Wana terima seadanya kerana Wana masih baru dan Wana akan cuba sebaiknya mungkin untuk tingkatan mutu vokal.
3. Kedua-duanya sekali. Bila ada bakat kita juga perlukan publisiti dan populariti untuk mencari rezeki. Orang kena tahu dan kenal siapa kita dan barulah banyak undangan nyanyian yang akan Wana dapat.



Atur strategi untuk popular

Assalamualaikum Wana, harap Wana semakin berjaya dalam kerjaya seni anda. Saya sentiasa mendoakan Wana berjaya dalam apa jua lapangan yang anda ceburi.

1. Bagaimana kehidupan Wana selepas bergelar artis?
2. Apa perancangan Wana untuk bersaing dengan nama-nama besar yang lain dalam industri?
3. Siapkan idola Wana dan sampai bila Wana mahu menjadi penyanyi?



Malik Ridhuan,
Merlimau, Melaka.

WANA

1. Kehidupan setelah bergelar artis memang ada perubahan dalam segala segi. Cuma sebagai orang baru saya tak boleh selesa dengan semua ini dan perlu meningkatkan lagi produktiviti. Menjaga penampilan diri dan bergaul dengan orang ramai juga perlu diambil serius.
2. Buat masa sekarang Wana bersama pihak Warner Music akan atur strategi untuk membuat kelainan di dalam imej dan lagu Wana. Jadi nantikan kemunculan Wana yang baru.
3. Wana amat meminati Amy Search dan Jamal Abdillah. Tidak ada perancangan untuk berhenti menyanyi tetapi Wana merancang untuk membuat perniagaan pada masa hadapan

Dari:-http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0307&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_13.htm

Saturday, February 27, 2010

Wana di pentas Istana Budaya teater "ANTARA"

Persembahan yang memukau dan bertenaga dari Wana












Picture from Jamil Jantan@Facebook

Thursday, February 25, 2010

Rehearsal "ANTARA"


Crew Wanalicious telah ke pra tonton Teater ANTARA pada 25 Februaru 2010 (Khamis).Wana telah menyanyikan lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi..Persembahan Wana sungguh bertenaga sekali..Kepada peminat teater jangan lupa dapatkan tiket Muzikal ANTARA... sebuah karya Eirma Fatima..arahan Ellie Suriaty Omar
Artis lain yang terlibat :-
PelakonUtama:-Fahrin Ahmad, Nasha Aziz, Azizah Mahzan, Azhan Rani
Artis:-Jamal Abdillah-Ziana Zain-Hattan-Azlan & Typewriter-Iqwal

Gambar diatas dari:-facebook.com/FA.fanpage