Friday, March 26, 2010

Janga Tidur Lagi with Wana (1)

Rakaman Jangan Tidur Lagi TV3 bersama Wana pada 6 April 2010 pada 2.00 PM bertempat di Studio NTV7 Glenmarie.Shah Alam...Ahli WANALICIOUS  dijemput hadir.

Saturday, March 6, 2010

Wana mahu lelaki romantis, pembersih

Teringin nak berlakon

Hai Wana, saya amat meminati anda sejak mula terlibat dalam rancangan realiti My Star LG lagi. Saya ingin bertanyakan sedikit soalan, harap Wana dapat menjawabnya.

1. Bagaimanakah ciri jejaka pilihan Wana?
2. Apakah yang akan Wana lakukan sekiranya tidak bergelar artis?
3. Selain menyanyi tak teringin ke nak berlakon?

Gmie FS,
Kajang, Selangor.

WANA


1. Banyak ciri-ciri lelaki idaman Wana. Cuma apa yang paling penting Wana mahu mencari lelaki yang benar-benar romantik, pembersih dalam segala hal dan paling penting dapat menerima Wana seadanya.
2. Kalau tak bergelar artis, Wana tetap akan menjadi manusia biasa. Tetap akan mencari kerja dan menjalani kehidupan seperti manusia biasa.
3. Sebenarnya Wana memang ada mendapat tawaran berlakon tapi masa pula tak mengizinkan. Tapi kalau selepas ini ada lagi tawaran menarik, Wana tak akan tolak. Wana teringin sangat nak cuba berlakon.



Selesa dengan Hairi

Hai, saya adalah salah seorang peminat kakak. Saya harap kakak boleh jawab soalan saya ini

1. Apakah perkembangan baru kakak?
2. Kenapa kakak tidak popular sedangkan kakak keluar daripada sebuah rancangan tv yang popular?
3. Bila nak kahwin? Apa status hubungan kakak dengan Hairi sebab saya selalu nampak kakak keluar dengannya?


Eintan Intan,
Parit Buntar Perak


WANA


1. Sekarang baru baru sahaja selesai melibatkan diri dalam teater Antara arahan Erma Fatima dan selepas ini Wana akan terlibat dalam pembikinan video klip untuk single kedua. Jadi kepada peminat nantikan semua itu tidak lama lagi.
2. Popular atau tidak bukan soal yang besar. Memang Wana akui jarang keluar televisyen tetapi itu tidak bermakna Wana tak popular. Lagipun Wana banyak buat persembahan pentas yang orang lain tak tahu. Soal popular itu rezeki masing-masing sebenarnya.
3. Kahwin? Wana masih belum memikirkannya. Wana masih lagi belum bersedia untuk ke arah itu. Hairi hanya sekadar teman rapat dan Wana akui selesa sangat berkawan dengannya walaupun umur Hairi jauh lebih muda dari Wana. Tapi apa yang membuatkan Wana kagum melihatkan pemikiran Hairi yang lebih matang.



Kecewa album kurang laku

Assalamualaikum, saya merupakan peminat Wana diharap menjawab semua soalan saya.

1. Apakah cita-cita Wana pada zaman persekolahan?
2. Bagaimana dengan sambutan album? Adakah Wana berpuas hati dengannya?
3. Perit atau tidak menjadi anak seni?
4. Adakah Wana punyai alamat e-mel untuk peminat-peminat Wana ?



Shukri Jaafar,
Kuang, Selangor.



WANA


1. Sebenarnya Wana mahu menjadi seorang guru. Kalau boleh Wana memang teringin sekali nak mengajar dan mempunyai murid. Tapi menjadi penyanyi juga salah satu daripada impian saya.
2. Wana akui album Wana kurang sambutan memandangkan pada masa kini orang ramai lebih suka muat turun sahaja. Soal puas hati atau tidak Wana tak mahu komen lebih-lebih. Wana terima sahaja apa yang berlaku memandangkan ini hanyalah percubaan pertama Wana.
3. Ada keperitan dan ada kemanisannya juga. Banyak perkara yang Wana kena lalui dan tempuhi. Keperitan itulah yang mengajar Wana untuk jadi yang terbaik dan lebih bersemangat.
4. Anda boleh e-mel kepada nawty_wana@yahoo.com atau boleh terus ke laman sosial Facebook atau My Space. Taip sahaja Wana MyStarLG.



Tak pandai menyanyi?


Hai, apa khabar? Saya harap anda sihat dan sentiasa dilimpahi rezeki yang tak putus-putus.

Saya ada beberapa soalan dan harap Wana sedia menjawabnya.

1. Bagaimana Wana melihat perkembangan nyanyian diri sendiri. Ada peningkatan atau tidak?
2. Ada juga pelbagai andaian yang mengatakan bahawa anda tidak pandai menyanyi. Apa komen Wana?
3. Apa yang Wana cari apabila menyertai bidang seni? Menjual bakat yang ada atau sekadar mencari populariti?


Seri Yati,
Kuala Lumpur.


WANA


1. Dalam persembahan dan nyanyian, Wana rasa ada peningkatan jika mahu dibandingkan ketika mula-mula muncul dahulu. Tetapi Wana masih lagi belum berpuas hati dengan semuanya kerana masih banyak yang perlu dipelajari.
2. Jika ada tanggapan sedemikian Wana rasa itu hak individu untuk memberi pandangan mereka. Wana terima seadanya kerana Wana masih baru dan Wana akan cuba sebaiknya mungkin untuk tingkatan mutu vokal.
3. Kedua-duanya sekali. Bila ada bakat kita juga perlukan publisiti dan populariti untuk mencari rezeki. Orang kena tahu dan kenal siapa kita dan barulah banyak undangan nyanyian yang akan Wana dapat.



Atur strategi untuk popular

Assalamualaikum Wana, harap Wana semakin berjaya dalam kerjaya seni anda. Saya sentiasa mendoakan Wana berjaya dalam apa jua lapangan yang anda ceburi.

1. Bagaimana kehidupan Wana selepas bergelar artis?
2. Apa perancangan Wana untuk bersaing dengan nama-nama besar yang lain dalam industri?
3. Siapkan idola Wana dan sampai bila Wana mahu menjadi penyanyi?



Malik Ridhuan,
Merlimau, Melaka.

WANA

1. Kehidupan setelah bergelar artis memang ada perubahan dalam segala segi. Cuma sebagai orang baru saya tak boleh selesa dengan semua ini dan perlu meningkatkan lagi produktiviti. Menjaga penampilan diri dan bergaul dengan orang ramai juga perlu diambil serius.
2. Buat masa sekarang Wana bersama pihak Warner Music akan atur strategi untuk membuat kelainan di dalam imej dan lagu Wana. Jadi nantikan kemunculan Wana yang baru.
3. Wana amat meminati Amy Search dan Jamal Abdillah. Tidak ada perancangan untuk berhenti menyanyi tetapi Wana merancang untuk membuat perniagaan pada masa hadapan

Dari:-http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0307&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_13.htm