Friday, December 25, 2009

Tahniah dari Wanalicious

Pertandingan Bowling Antara Kelab Artis Malaysia 2009 dengan jayanya.Wanalicious ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada FC yang terlibat...Wanalicious juga ingin mengucapkan terima kasih kepada artis yang hadir memberikan sokongan dan turut bermain mewakili FC sendiri.Sokongan anda bermakna buat kami..

Dior-Farawahida-Wana








Crew Wanalicious

Jumpa lagi...

Pertandingan Bowling Antara Kelab Artis Malaysia (Keputusan Rasmi)

Wanalicious ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua FC yang menyertai
Pertandingan Bowling Antara Kelab Artis Malaysia 2009

 Berikut merupakan keputusan rasmi pertandingan tersebut......

Pertama

Nadia FC

Kedua

Jaclyn Victor FC

Ketiga

Fizz Fairuz FC

Keempat

Dioratic

Kelima

Wanalicious A

Keenam

Syawal FC

Ketujuh

Wanalicious B

Kelapan & Pemenang Fesyen Terbaik

Farawahida FC

Kesembilan

Sitizone

-Tahniah dari Wanalicious-

Wednesday, December 23, 2009

Training Bowling

Bertempat di The Curve pada 21 Disember 2009, Wana dan team Wanalicious telah berlatih untuk hari pertandingan 25 Disember nanti (PERTANDINGAN BOWLING ANTARA KELAB - KELAB PEMINAT ARTIS MALAYSIA)



Team Wanalicious yang akan bertanding nanti..





Tunggu disana nanti yea..

Friday, December 18, 2009

Selamat Tahun Baru 2010

 Wana Sepanjang Tahun 2009








-Wanalicious-

Sunday, November 29, 2009

To wanalicious...


New picture from me..
-Wana-

Wednesday, November 11, 2009

Road Tour Wana - Dataran Pahlawan Melaka

Hello semua. Next show Wana Pada :

Hari : Sabtu
Tarikh : 14 November 2009
Tempat : Dataran Pahlawan, Melaka
Masa : 2.30 petang

Semua dijemput hadir menyaksikan persembahan live Wana dan ada yang special menanti anda di sana. Kepada yang ingin membeli album Wana, datanglah ke Dataran Pahlawan dan dapatkan CD Wana yang ekslusif dengan harga yang luar biasa. Pembeli CD akan mendapat tandatangan ekslusif dari Wana berserta poster. Jumpa Wana di Melaka yaaaaaa....

Konsert Pertama MyStarz LG3


Di Sri Pentas 2 selepas persembahan di konsert pertama MyStarz LG3

Selepas Konsert Mini Jam Hot FM

Di Ipoh selepas konsert Mini Jam Hot FM





To SITIZONES -Selamat Ulang tahun yang ke 6- Hope u all success

Thursday, October 29, 2009

Show Wana

Wana akan berada di Konsert Jam Hot FM di Ditaran Bandar Ipoh pada 7hb November 2009

dan di Konsert Pertama My Star LG3 nnti pada 8hb November 2009...

Saturday, October 10, 2009

Final My Star LG

  

 

Majlis berbuka puasa WANALICIOUS 2009

Pada13 September 2009 bertempat di Restoran Zul Yahya Shah Alam telah diadakan Majlis Berbuka Puasa bersama ahli Wanalicious. Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti karaoke ,permainan , pakaian terbaik , penyampaian hadiah dan cenderahati..
Peminat setia yang menyokong karier wana..

Kenangan bersama ahli Wanalicious
Wana sempat menyanyikan beberapa buah lagu
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran artis Farawahida dan Zul Yahya.. Majlis ini juga adalah majlis perjumpaan ahli Wanalicious serta meraikan kejayaan Wana dengan album pertamanya.
Farawahida turut menyerikan majlis

Kenangan bersama Zul Yahya dan Farawahida

Jumpa Lagi..

Wana di rakaman Ewah-Ewah TV3

Wana ketika rakaman Ewah - Ewah di Shah Alam pada 8 Oktober 2009. Wana bersama PR mewakili rumah biru bersaing dengan rumah kuning dan rumah merah. Team Wana juara untuk episod tersebut.

Nubhan turut menyertai dalam pertandingan tersebut.

Jadi juara akhirnya

Wednesday, October 7, 2009

Majlis Pelancaran Album Wana Berjudul SIAPA

Pada jam 3 petang , bertempat di Bangkok Jazz, Chulan Square, Bukit Bintang telah diadakan Majlis Sidang Media dan Pelancaran Album Wana, juara MyStarz LG musim ke-2 yang berjudul …SIAPA? Soalnya, adakah gadis kelahiran Johor Bahru ini dapat menongkah arus dalam industri yang semakin tenat ini? Yea, jawab Wana dengan positif dan optimistik, memang boleh seandainya peminat dapat menghargai bakat, lontaran vokal yang unik, punya identiti tersendiri tanpa berselindung di balik lain atau dicop penyanyi klon.
Sejauhmana vokal Wana ini tidak meniru mana-mana penyanyi yang sedia ada? Itu anda kena beli album Wana dan dengarkan kehebatan vokal memikat Wana~!
Di majlis ini, Wana juga turut menghiburkan peminat yang hadir, siap lengkap dengan pakai baju T putih dengan 4 buah lagu.
Tampil bersama rakan My Starz LG yang lain, Wana memilih konsep yang lebih segar dan bertenaga, sesuai dengan semua peringkat terutama golongan remaja. Antara penerbit yang terlibat untuk debut istimewa ini termasuklah Lah VE, Ashraff, Rudi dan Audi Mok. Dalam album ini adal 5 buah lagu iaitu
1. Siapakah Orangnya
2. Gerhana… Sebuah Percintaan
3. Orang Biasa
4. Ingin Bersama Kembali
5. Dalam Dilemma
Untuk single pertama, Warner memilih lagu Orang Biasa yang berentak pop reggae yang lebih catchy~! Antara single lain yang best ialah Siapakah Orangnya dan Ingin Bersama, sebuah lagu duet Wana bersama dengan Naib Juara MyStarz LG musim ke-2 iaitu Nashrin. Mengikut Warner Music, sekarang ini 5 buah lagu dalam satu album sudah boleh dikira atau dipanggil ALBUM PENUH oleh RIM. Tidak macam dulu, kalau 5 buah album kita kira MINI ALBUM.
Harga pasaran RM19.90. Kepada peminat Wana, jangan lupa beli yang ORIGINAL~!


Artkel ini petikan dari http://www.budiey.com/