Wednesday, October 7, 2009

Majlis Pelancaran Album Wana Berjudul SIAPA

Pada jam 3 petang , bertempat di Bangkok Jazz, Chulan Square, Bukit Bintang telah diadakan Majlis Sidang Media dan Pelancaran Album Wana, juara MyStarz LG musim ke-2 yang berjudul …SIAPA? Soalnya, adakah gadis kelahiran Johor Bahru ini dapat menongkah arus dalam industri yang semakin tenat ini? Yea, jawab Wana dengan positif dan optimistik, memang boleh seandainya peminat dapat menghargai bakat, lontaran vokal yang unik, punya identiti tersendiri tanpa berselindung di balik lain atau dicop penyanyi klon.
Sejauhmana vokal Wana ini tidak meniru mana-mana penyanyi yang sedia ada? Itu anda kena beli album Wana dan dengarkan kehebatan vokal memikat Wana~!
Di majlis ini, Wana juga turut menghiburkan peminat yang hadir, siap lengkap dengan pakai baju T putih dengan 4 buah lagu.
Tampil bersama rakan My Starz LG yang lain, Wana memilih konsep yang lebih segar dan bertenaga, sesuai dengan semua peringkat terutama golongan remaja. Antara penerbit yang terlibat untuk debut istimewa ini termasuklah Lah VE, Ashraff, Rudi dan Audi Mok. Dalam album ini adal 5 buah lagu iaitu
1. Siapakah Orangnya
2. Gerhana… Sebuah Percintaan
3. Orang Biasa
4. Ingin Bersama Kembali
5. Dalam Dilemma
Untuk single pertama, Warner memilih lagu Orang Biasa yang berentak pop reggae yang lebih catchy~! Antara single lain yang best ialah Siapakah Orangnya dan Ingin Bersama, sebuah lagu duet Wana bersama dengan Naib Juara MyStarz LG musim ke-2 iaitu Nashrin. Mengikut Warner Music, sekarang ini 5 buah lagu dalam satu album sudah boleh dikira atau dipanggil ALBUM PENUH oleh RIM. Tidak macam dulu, kalau 5 buah album kita kira MINI ALBUM.
Harga pasaran RM19.90. Kepada peminat Wana, jangan lupa beli yang ORIGINAL~!


Artkel ini petikan dari http://www.budiey.com/

0 comments:

Post a Comment