Monday, February 15, 2010

WANA akan menjayakan Teater Muzikal ANTARA pada 26-28 Februari 2010 jadi peminat WANA jangan tunggu lagi tempah tiket sekarang.


Berikut merupakan petikan dari http://wajahwajah.com/blog/?p=1161

Maulud Nabi junjungan Rasulullah SAW sekali lagi akan disambut Muslimin di serata dunia. Bagi kita seperti biasa akan disambut dengan majlis-majlis kecil yang kadangkala tidak semeriah Hari Raya dan sambutan lain. Bagi yang tercari-cari saluran alternatif, Istana Budaya ada jawapannya. Apa kata Maulud kali ini kita sama-sama kita menonton Teater Muzikal ANTARA yang dibintangi oleh Azizah Mahzan, Fahrin Ahmad, Nasha Aziz dan Azhan Rani. Antara penyanyi yang akan menjayakan muzikal ini pula terdiri daripada Jamal Abdillah, Ziana Zain, Hattan, Azlan & The Typewriter, Iqwal dan Wana Mystar LG

Nama-nama besar lama dan baru sudah pasti memberi kelainan kepada teater Muzikal karya Eirma Fatima dan arahan Elie Suriaty Omar ini. Diterbitkan oleh Antipop Event Solutions, muzikal ini akan berlansung dari 26-28 Febuari 2010 di Istana Budaya bermula 8.30 malam. Tiket-tiket berharga RM250, 200, 150,100,70 dan 50 boleh dibeli di kaunter BoxOffice Istana Budaya atau secara online di Ticket2u.

Kalau anda ingin melihat Jamal, Hattan dan Azlan berpadu suara, pastikan anda datang ke Muzikal ini dan tempah tiket sebelum kehabisan. Bagi peminat Ziana Zain jangan lepaskan peluang ini. Teater ANTARA mengisahkan kejadian adam hawa serta perjanjian iblis utk menyesatkan manusia serta paparan bagaimana manusia bersahabat dengan iblis. Lagu-lagu yang terkandung di dalam muzikal ini semuanya lagu pop seperti lagu Dewa, M.Nasir, Amy Search dan lain-lain seperti Arjuna, Laskar Cinta, Makhluk Tuhan Paling Seksi, melawan Arus, Kepadamu Kekasih, Kau Yang Satu, Meniti Titian Usang, mentari di Ufuk merah, Istana Menanti, Di balik cermin mimpi dan Andaiku tahu.

Eirma Fatima selaku penulis untuk teater ANTARA telah sempat berbual secara online bersama wajahwajah. Beliau mengatakan bahawa muzikal ini lebih kurang sama dengan Sirah cuma Sirah tentang Rasulullah S.A.W. namun ANTARA lebih banyak unsur surealis di dalamnya. Beliau juga sempat melahirkan nada kecewa apabila amat susah hendak menerbitkan karya berunsur Islam kerana kurangnya sambutan orang ramai dan tajaan korporat bahkan dari komuniti agama. Tambah beliau sebelum ini kisah berunsur Buddha yang dipentaskan di IB mendapat sambutan Sami dari serata dunia berbanding karya-karya Islam kita. Namun beliau berkata ANTARA punya kelainan yang pasti memenuhi selera peminat muzikal tanahair.

Jadi jika anda ingin melihat kehebatan lakonan Fahrin Ahmad dan Nasha Aziz dibantu dengan kemantapan vokal Jamal, Hattan dan Azlan & The Typewriter jom kita ke muzikal ANTARA dan tempahlah tiket sekarang.

0 comments:

Post a Comment